Apple and Craps
Photobucket
bacalah=)
Saturday 4 February 2012 • 08:41 • 12 black leave(s)


awak,
saya minta maaf...saya masih fragile..tapi saya bahagia..walaupun kadang-kadang ada rasa kecewa..bukan sebab awk tapi sebab diri saya sendiri..saya faham..untuk menuntut keredhaanNya, ini lah yang terbaik..bila suara yang satu itu berbisik, saya pasti mempersoalkannya...masyaAllah..masih jahil rupanya saya..sedangkan dalam Islam, tiada perhubungan antara lelaki dan perempuan yang halal melainkan sebuah pernikahan. dalam kekalutan perasaan, saya bersyukur kerana saya masih mampu manadah tangan memohon keampunan sebelum dunia ini musnah buat selamanya.

awak,
saya tahu kita menjaga batas pergaulan setiap kali bertemu sebab kita di didik dengan didikan agama yang sempurna..namun ungkapan sayang pada seseorang yang bukan muhrim, subhanallah, bergegar tiang yang kukuh itu. dan saat itu malaikat mula mencatat setiap dosa secara terperinci.. saya takut..saya takut...sungguh saya takut..saya takut untuk melihat kebenaran itu di padang mahsyar kelak..saya tidak mahu diheret menghadapi hukuman neraka sebelum dibawa untuk menjadi penghuni syurga yang indah itu. saya tidak mahu menjadi hamba Allah yang hina..saya juga tidak mahu disaat malaikat izrael datang manarik roh saya, saya tidak sempat mengucap kalimah syahadah yang agung itu..syukur ya Allah...awak dan saya sedar pada waktunya. subhanallah.

awak,
saya tak pernah tahu siapa adam saya..malah saya tidak pernah diberi tanda siapakan adam buat saya..dan saya tahu saya masih tidak perlu tahu semua itu sebab saya masih mentah dalam mengenal erti sebuah perhubungan..saya perlu melangkah setapak ke hadapan untuk membiarkan seketika ruang itu kosong tidak berpenghuni..tekad sungguh saya kali ini. biarlah..dulu saya leka..saya lalai..kini, saya mahu berbakti kepada orang tua saya..kepada semua orang di dunia ini sekiranya saya mampu..hidup saya sudah lengkap dengan adanya awak sebagai seorang sahabat yang sejati di sisi..belajar! kerana ilmu mampu mencorak pemikiran Islam itu sendiri..dengan adanya kejayaan kita sebagai seorang anak, maka bahagialah ibu bapa kita..setiap anak yang mampu mengukirkan senyuman di wajah tua itu, itulah hamba Allah yang diredhai dan diberkati..insyaAllah..

awak,
saya kira ini satu pesanan buat awk..
terima kasih kerana menyedarkan saya betapa pentingnya keredhaan dan keberkatanNya dalam mengarungi liku-liku hidup sebagai seorang manusia ciptaan Allah S.W.T.
saya tak mahu mencari adam saya...kerana saya tahu saya sudah pun memiliki adam saya..cuma masih belum sampai waktunya Allah memberitahu siapa adam saya itu. andai awak adam saya, bimbinglah saya menjadi seorang sahabat yang sejati, seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang penyayang, seorang hamba yang taat pada suruhanNya..pimpinlah saya menuju jannah yang abadi.

wassalam=)




Older Post . Newer Post
Loading..

Photobucket

heyy, it's a great pleasure to have you here | i use manglish as my main language | i am a barrister who speaks for you in the court of I AM SYAZWINA's law. and yet i dont have any qualm about asking you to leave my page regarding whatever matters :) | i am a vociferous in ryhme! | :)


❤ Author ❤

Short Biodata

Name: Syazwina M.S.
Known as: Wina
Age: 20++
State: Kedah
Country: Malaysia
Studies: Bachelor in Education - TESL (MSU)
D.O.Birth: October 26th 92
Language: Malay and English
Hobby: piano-ing, travelling
Baby Gadgets: Blckbry, Nikon D5100, MP4
Super Pet: Elmo
Contact Me: Official Facebook | Apple and Craps


❤ Linkies ❤

^link exchange is available^
Bella | Dina | Ikazareen | Amalina | Umi Amirah | Feeqa | Idaedani | Husna | Yuni | Shazzy | Kyla | FafaRamlan | Nik Sherra | Lysa | Joanna | Sis Reeneeraaid |
Tagboard




Memoirs



Credits


Template made by; Qistina Re
Re-Editor skins; Aina
Final Editor skins; Wina